Sejarah Sekolah

Font:

SEJARAH SMK ALOR AKAR

 


PENUBUHAN SEKOLAH :

 

QQQ.jpgQQ.jpgQQ2.jpg

 

Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan, Alor Akar, Kuantan adalah terletak di lembahan Bukit Pelindung, lebih kurang tiga batu setengah ke utara bandar Kuantan. Sekolah ini baru berusia lebih kurang tiga tahun dan ditugaskan menampung semua tunas-tunas baharu dari semua Sekolah Rendah Kebangsaan di dalam kawasan bandar Kuantan. Luas kawasan sekolah ini ialah 7 ekar dan 12 pol, iaitu bekas kawasan persawahan padi zaman sebelum kedatangan orang-orang Jepun ke Malaysia Barat.


Sekolah ini mempunyai lima belas buah bilik darjah dan dilengkapi dengan Makmal Sains, Bengkel Pertukangan Kayu dan Logam, Bilik Kaji Letrik dan Kaji Sawat, Bilik Lukisan Teknik, Bilik Masakan, Bilik Jahitan, Bilik Perpustakaan, Bilik Ilmu Alam dan Bilik Seni Lukis & Pekerjaan Tangan. Selain daripada itu terdapat juga sebuah Asrama Putera yang boleh memuatkan 100 pelajar dan sebuah Asrama Puteri yang boleh memuatkan seramai 200 pelajar.

 

Bangunan sekolah ini mula digunakan pada 1 Februari 1966. Sebelum itu kami telah menumpang di bangunan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan, iaitu semenjak daripada 1 Januari 1966. Pada 5 September 1967 ianya telah dibuka dengan rasmi oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran Malaysia, En. Mohd Khir Johari.

 

 

 

 

PENGIKTIRAFAN KLUSTER:

 

IMG_0684.JPGQQQQ.jpg

 

SMK Alor Akar telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan ( SKK ) Fasa 6 pada 30 Januari 2012. Pengiktirafan Kluster ini mengambil kira semua aspek iaitu pencapaian SMKAA dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan HEM di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa bagi tahun 2009 – 2011. Kebitaraan sekolah ialah Matematik dan Skuasy. Sijil Kluster telah disampaikan oleh Yang Bahagia Dato’ Sri Abd Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di Putra Jaya, Kuala Kumpur. Tahniah dan syabas ducapkan kepada semua warga SMKAA atas kejayaan ini. Semoga SMKAA terus maju dan cemerlang dalam arena pendidikan ini.

 

 

 

 

MAKLUMAN @ SEKOLAH

  • PEPERIKSAAN PT3 2019
    PEPERIKSAAN PT3 2019  PADA 01 -  09 OKT 2019...ALL THE BEST TO PT3 CANDIDATES
  • AKARIAN PREFECTS' DINNER
    AKARIAN PREFECTS' DINNER   PADA HARI JUMAAT, 12 OKT 2019 BERTEMPAT DI HOTEL GRAND DARULMAKMUR DENGAN TEMA 'MASQUERADE'
  • PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019
    PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019   PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2019 BAGI PELAJAR TINGKATAN 4 BERMULA PADA 18 OKT 2019 SEHINGGA 06 NOV 2019. ALL THE BEST.    
  • SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN PT3 & SPM 2019
    SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA PEPERIKSAAN PT3 & SPM 2019   PADA HARI KHAMIS, 26 SEPT 2019, JAM 6.30 PTG - 9.30 MLM SEMUA GURU & IBU BAPA DIJEMPUT HADIR. TERIMA KASIH.

PENGURUSAN SMKAA

  LOGIN FROGVLE SMKAA
 
  NILAM@FROGVLE
 
  ERPH@FROGVLE
 

We have 31 guests and no members online

Please install and enabled plugin Vinaora Visitors Counter firstly

HUBUNGI KAMI

SMK ALOR AKAR

JALAN TENGKU MUHAMAD
25050 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 5666 746
Fax: +(609) 5672 766

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 02-10-2019 08:12

     
     
     

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...