Tinta Pengetua

  • Print
Font:

 

Kata Alu-aluan

 

PENGETUA SMK ALOR AKAR

 

 

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera.

 

        “ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga

          mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ”(Surah Ar-Ra’d, ayat : 11)

 

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat-Nya, pihak sekolah telah dapat merancang dan melancarkan kembali website SMK Alor Akar dengan jayanya.

Website sekolah adalah satu dokumentasi yang sangat penting kepada sesebuah sekolah sebagai rujukan bahan maklumat menyeluruh berkaitan dengan pengurusan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid SMK Alor Akar. Di samping itu, sejajar dengan kemajuan teknologi ICT masakini, website ini juga memainkan peranan sebagai blog rasmi sekolah yang akan memaparkan semua aktiviti & program yang dilaksanakan sepanjang tahun sesi persekolahan.

 
Bermula dengan muafakat, usaha yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil yang cukup berkualiti tinggi. Semoga dengan terhasilnya website ini,ianya boleh menjadi pemangkin bagi menjana keprihatinan ibu bapa, guru cemerlang, murid gemilang dan sekolah terbilang selaras dengan Visi,Misi,Moto,Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah ini.

 

Bersesuaian dengan semangat “Strive For Excellent” serta nilai yang terdapat dalam “PORT” iaitu P=Positive, O=Optimistic, R=Responsible dan T=Talented, saya mengharapkan seluruh warga sekolah untuk bersama saya dan kita semua memartabat SMK Alor Akar ke mercu kecemerlangan dengan mendapat penarafan Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2022.

 

Akhir kata, diharapkan sesi persekolahan 2019 akan seiring dengan azam dan tekad kita semua bagi meningkatkan lagi pencapaian dan kualiti profesionalisme sebagai penjawat awam. Marilah kita berganding bahu bagi menjamin SMK Alor Akar terus mengekalkan dan memperbaiki prestasi yang cemerlang dan melakarkan kejayaan yang gemilang dalam semua bidang.

 

Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.

 

“Akhlak, Amal, Taqwa”

                  

 

 

  1. HJ. ASRUDDIN BIN HJ. ABAS, SMP, AMP.

Pengetua Cemerlang

SMK Alor Akar