Tinta Pengetua

Font:

 

Kata Alu-aluan

 

PENGETUA SMK ALOR AKAR

 

 

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

 

Assalamualaikum w.b.t.

Salam sejahtera.

 

        “ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga

          mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri ”(Surah Ar-Ra’d, ayat : 11)

 

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat-Nya, pihak sekolah telah dapat merancang dan melancarkan kembali website SMK Alor Akar dengan jayanya.

Website sekolah adalah satu dokumentasi yang sangat penting kepada sesebuah sekolah sebagai rujukan bahan maklumat menyeluruh berkaitan dengan pengurusan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid SMK Alor Akar. Di samping itu, sejajar dengan kemajuan teknologi ICT masakini, website ini juga memainkan peranan sebagai blog rasmi sekolah yang akan memaparkan semua aktiviti & program yang dilaksanakan sepanjang tahun sesi persekolahan.

 
Bermula dengan muafakat, usaha yang tekun dan sikap taat setia akan membuahkan hasil yang cukup berkualiti tinggi. Semoga dengan terhasilnya website ini,ianya boleh menjadi pemangkin bagi menjana keprihatinan ibu bapa, guru cemerlang, murid gemilang dan sekolah terbilang selaras dengan Visi,Misi,Moto,Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah ini.

 

Bersesuaian dengan semangat “Strive For Excellent” serta nilai yang terdapat dalam “PORT” iaitu P=Positive, O=Optimistic, R=Responsible dan T=Talented, saya mengharapkan seluruh warga sekolah untuk bersama saya dan kita semua memartabat SMK Alor Akar ke mercu kecemerlangan dengan mendapat penarafan Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang tahun 2022.

 

Akhir kata, diharapkan sesi persekolahan 2019 akan seiring dengan azam dan tekad kita semua bagi meningkatkan lagi pencapaian dan kualiti profesionalisme sebagai penjawat awam. Marilah kita berganding bahu bagi menjamin SMK Alor Akar terus mengekalkan dan memperbaiki prestasi yang cemerlang dan melakarkan kejayaan yang gemilang dalam semua bidang.

 

Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.

 

“Akhlak, Amal, Taqwa”

                  

 

 

  1. HJ. ASRUDDIN BIN HJ. ABAS, SMP, AMP.

Pengetua Cemerlang

SMK Alor Akar

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN @ SEKOLAH

  • PELANTIKAN GMMP PT3 & SPM
    Pelantikan Guru Muda Mata Pelajaran PT3 & SPM akan berlangsung pada Rabu, 17 Julai 2019 jam 7.30 pagi.
  • KEM KECEMERLANGAN AKADEMIK SPM 2019
    Kem Kecemerlangan Akademik SPM 2019 akan dilaksanakan pada 18 - 21 Julai 2019, Khamis - Ahad di UMP, Pekan anjuran Unit Kurikulum SMK Alor Akar & PIBG SMK Alor Akar.

PENGURUSAN SMKAA

  LOGIN FROGVLE SMKAA
 
  NILAM@FROGVLE
 
  ERPH@FROGVLE
 

We have 21 guests and no members online

Please install and enabled plugin Vinaora Visitors Counter firstly

HUBUNGI KAMI

SMK ALOR AKAR

JALAN TENGKU MUHAMAD
25050 KUANTAN, PAHANG, MALAYSIA

Tel: +(609) 5666 746
Fax: +(609) 5672 766

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

PETA LOKASI SEKOLAH

 

Last Update:
General update: 16-07-2019 14:25

     
     
     

 
 
  

PKG Teruntum
PKG Pantai
PKG Jaya Gading
PKG Sungai Lembing
PKG ...